KENAPA ANDA PERLU PILIH KAMI ??
- Jualan dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda adalah cepat,mesra pelanggan

- khidmat lepas jualan yang efektif dan boleh dipercayai.Visi kami adalah membentuk hubungan baik yang berpanjangan dengan pelanggan.

Samaada anda mencari untuk pemasangan baru sistem pagar automatik atau hanya perlu untuk membaikpulih sistem pagar automatik yang sedia ada,kami akan memastikan segala keperluan anda dapat dipenuhi sebaik mungkin.

Dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini,kami mempunyai pengalaman dan kemahiran yang mencukupi untuk menawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami produk yang terbaik dan berkualiti juga dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Sistem Autogate yang pelanggan kami hadapi.


KAMI LAKUKAN SENDIRI KESELURUHAN KERJA : TIADA SUB-KONTRAKTOR

Apabila kami memasang sistem autogate di kediaman anda,kami akan lakukan sendiri keseluruhan kerja.Kami melakukan sendiri kerja-kerja pendawaian,kerja-kerja kimpalan,baikpulih dan sebagainya yang berkaitan sistem autogate.
Ada 2 sebab kami melakukannya sendiri :


1. Kami ingin memastikan supaya sistem autogate anda dipasang dengan cara yang betul dan cara terbaik   adalah dengan kami melakukannya sendiri.
2. Dapat memberikan harga yang terbaik kepada pengguna,tidak memberi tekanan dan kekeliruan kepada pengguna apabila timbul sesuatu masalah.


Kami adalah satu-satunya untuk anda hubungi dan kami dapat memberi lebih fokus untuk memastikan pemasangan sistem autogate anda mudah dan betul.Anda dapat jimatkan wang dan masa !.


KENAPA PERLUNYA MEMASANG SISTEM PAGAR AUTOMATIK ( AUTOGATE ) ??

 
KESELAMATAN : Keselamatan memainkan peranan yang amat utama dalam pemilihan pemasangan Sistem Autogate samaada di premis kediaman atau perniagaan anda. Dengan sistem autogate kita tidak memberi peluang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecurian kenderaan,samun ketika kita leka membuka kunci pagar,terlupa mengunci pagar setelah mengeluarkan kenderaan anda,vandalisme dan sebagainya.
Berbicara berkaitan jalanraya yang sibuk,anda mempunyai anak dan anda boleh pastikan mereka selamat daripada jalanraya yang sibuk dan orang yang lalu lalang dimana anda boleh pastikan yang pagar anda sentiasa berkunci dengan pagar anda tertutup dengan adanya sistem pagar automatik.


KESELESAAN : Dengan sistem pagar automatik ini anda tidak perlu keluar dari kenderaan anda setiap hari hanya untuk menutup dan membuka pintu pagar.Kebanyakan pagar besi dan kayu adalah berat dan dengan sistem pagar automatik ini ianya menjadi lebih mudah untuk anda membuka dan menutup pintu pagar kediaman anda.Bayangkan anda pulang ke rumah pada waktu malam gelap dengan hujan yang lebat,dan bayangkan pula anda berpeluang membuka pagar anda dalam keadaan selesa,tidak basah kuyup,selamat didalam kereta dan dapat pastikan persekitaran anda selamat sebelum anda melangkah ke dalam kediaman anda.


KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA.
Kami akan ke tempat anda jika perlu untuk khidmat rundingan pemasangan Sistem Autogate di premis kediaman anda dan kami akan berikan sebutharga yang terbaik yang dapat kami tawarkan.Jika anda setuju anda tetapkan tarikh pemasangan dan jika tidak bersetuju,tiada apa-apa bayaran yang dikenakan.


CALL / SMS kami di:
017-307 3525 ( En Rahim )